Pertandingan TurtleTok Video bersempena Hari Penyu Sedunia dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dan membuka minda masyarakat tentang kepentingan untuk memelihara dan memulihara alam semulajadi terutamanya mengenai penyu yang semakin pupus di Malaysia. Pertaningan TurtleTok Video menggunakan pendekatan yang berbeza dan lebih menarik dengan menggunakan aplikasi TikTok sebagai medium bagi memudahkan pemindahan dan perkongsian ilmu berkaitan kepentingan penyu serta hidupan marin kepada masyarakat tempatan untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
Tarikh Pertandingan
Pendaftaran:
6 JUN 2022 - 23 JUN 2022
Memuatnaik Video:
6 JUN 2022 - 27 JUN 2022
Pengumuman Pemenang:
30 JUN 2022
Terma dan Syarat Pertandingan
Warganegara Malaysia berumur 17 tahun dan keatas perlu mendaftar untuk menyertai TurtleTok Video Competition dalam tempoh pendaftaran yang ditetapkan.
Peserta perlu merekod dan memuatnaik video berdurasi 1 minit di laman media sosial TikTok menggunakan ‘hastag’ :-
➢#WorldSeaTurtleDay2022
➢#WeCareforTurtles
➢#KitaJagaPenyuKita
➢#TurtleTokUMT2022
Peserta yang memuat naik video dalam tempoh yang ditetapkan sahaja akan dikira sebagai penyertaan dan layak untuk memenangi hadiah yang disediakan.
Video yang dimuatnaik perlulah mengikut tema and isi kandungan video tidak menyentuh sentimen sensitif (perkauman, agama, politik, etc.). Isi kandungan video termasuk :-
➢Unsur-unsur berkaitan penyu.
➢ Sekurang-kurangnya satu cara memelihara penyu.
Peserta perlu mengikuti (follow) instagram dan tiktok SEATRU, @seatru_umt.
Video yang dimuat naik di tiktok perlu ‘tag’ account tiktok SEATRU, @seatru_umt.